Eh, jangan ingat sunscreen yang anda pakai tu tahan sepanjang hari tau! Ia perlu diulang pakai setiap beberapa jam untuk pastikan kulit wajah sentiasa terlindung dari sinaran matahari. Leceh? Saya kongsikan cara reapply sunscreen dengan betul.
{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}
Kenapa perlu reapply sunscreen?
Sunscreen yang anda pakai sebelum keluar rumah itu akan tertanggal dek kerana peluh, air, dan minyak yang dihasilkan kulit. Bahkan tabiat suka pegang muka atau pergeseran juga buat lapisan sunscreen hilang.
Untuk pastikan kulit sentiasa terlindung dari sinaran UV, anda harus reapply sunscreen setiap beberapa jam. Biarkan kulit terdedah memang akan mendatangkan pelbagai masalah.
Berapa kerap perlu reapply sunscreen?
Menurut Mahoney Dermatlogy, anda perlu reapply sunscreen setiap 3 hingga 4 jam. In general sekiranya anda lakukan aktiviti outdoor sepanjang hari, reapply sunscreen setiap 2 jam.
Jika banyak aktiviti indoor yang kurang cahaya matahari, reapply setiap 4 jam. Contohnya, selepas ambil wuduk.
Cara reapply sunscreen dengan betul
1. Cuci tangan
Mulakan langkah dengan mencuci tangan untuk pastikan jari bebas bakteria yang boleh menyebabkan jerawat.
2. Pastikan wajah bersih dan kering
Tidak perlu pencuci muka sebelum reapply. Tapi sekiranya anda berpeluh, cuma lap dengan tisu muka untuk pastikan wajah kering dan bebas kotoran.
3. Sapu sunscreen 2 jari
Ya, cara yang betul memakai atau reapply sunscreen adalah sebanyak 2 jari seperti dalam gambar di atas. Ini adalah kuantiti yang ideal agar sunscreen tersebut dapat melindungi keseluruhan wajah.
Sapu dengan rata dengan bentuk bulatan, termasuklah pada leher.
4. Set masa
Untuk pastikan wajah sentiasa mendapat perlindungan, set masa setiap 2 atau 3 jam bergantung kepada kekerapan anda berpeluh.
Cara reapply sunscreen dengan makeup
Pakai makeup? Jangan risau, anda masih boleh reapply sunscreen tanpa merosakkan makeup. Tidak perlu pakai sunscreen yang sama. Boleh pakai sunscreen sama, tetapi ada sunscreen yang mudah dipakai.
Pilih jenis spray, powder sunscreen, stick, atau setting spray yang mengandungi SPF.
Rekomendasi sunscreen yang mudah untuk reapply
Skintific All Day Light Sunscreen Mist
- Tiada white cast dan tidak merosakkan makeup.
- Kalau tengah cari sunscreen untuk kulit berminyak, boleh cuba yang ini. Langsung tak melekit.
- Hassle-free, spray sahaja tak perlu tengok cermin. Hehe!
- Antara produk sunscreen terbaik di Watsons dan Shopee yang laris.
Skintific Cover All Perfect Cushion
- Bukan sahaja beri perlindungan UV, bahkan bantu kurangkan minyak & kesan bersinar
- Ada banyak shades, pilih sesuai degan warna kulit anda.
- SPF35 PA++++
- Berkualiti. Hampir 300,000 unit terjual di Shopee sahaja.
The Originote Niaceramide Sunscreen Mist
- Selain beri perlindungan, ia juga melembap, dan buat kulit lembut.
- Tak bercapuk, tak buat tudung ada kesan putih selepas spray.
- Tidak rosakkan makeup, bahkan beri kesan glow!
- Saiz sederhana. Boleh letak dalam beg, senang nak apply.
Beauty Of Joseon Matte Sun Stick
- Beri kesan 'matte' membuatkan ia juga ideal buat kulit berminyak.
- Tak rosakkan makeup ketika sapuan.
- Ada mugwort untuk prtotect kulit agar tak mudah rosak akibat persekitaran.
- Sesuai untuk mereka yang banyak aktiviti outdoor.
Kesimpulan
Reapply sunscreen penting dalam memastikan wajah sentiasa terlindung dari
sinaran UV yang membawa kepada pelbagai masalah kulit.