8 Sunscreen Terbaik Untuk Lelaki - Kulit Sihat & Handsome!

"Ala, aku lelaki. Tak payah pakai sunscreen pun tak apa kot!" — STOP! Hentikan menteliti kuno ni.  Dalam posting ini saya akan rekomen sunscreen terbaik untuk lelaki dan tips untuk para jejaka.

Seriously, mentaliti seperti itu kena buang jauh-jauh. 

Tidak kira lelaki atau perempuan, kulit wajah harus dilindungi dari rosak akibat sinaran UV.

Jom kita kupas sampai habis tentang kepentingan lelaki pakai sunscreen. Lepas baca posting ni korang akan tahu:

  1. Manfaat sunscreen.
  2. Keperluan lelaki pakai sunscreen.
  3. Jenis-jenis sunscreen.
  4. Cara pilih sunscreen yang sesuai dengan kulit.
  5. Rekomendasi sunscreen untuk lelaki.

Sebab tips kulit dan rekomendasi ni dapat bantu korang untuk jadi handsome!

sunscreen terbaik untuk lelaki

{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}

Sebab kenapa lelaki perlu pakai suncreen setiap hari

Jangan ingat anda immune dengan sinaran UV. Sama seperti perempuan, kulit lelaki juga boleh rosak ya!

Banyak sebab kenapa lelaki pun kena jaga kulit, bukan sekadar untuk kekal handsome je.

Here's why...

1. Kerosakan kulit tidak kenal jantina

Sinar UV ni tak kenal lelaki atau perempuan tau. UVA dan UVB ni punca utama kerosakan kulit. Tak kisahlah jerawat, keragat, kulit kusam, kedutan, mahupun kanser kulit.

Terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan adalah menyebabnya!

2. Lelaki lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari

Admit it, lelaki lebih banyak luangkan masa di tengah panas berbanding perempuan.

Mereka lebih aktiviti outdoor dan berkerja di tengah panas. Tanpa perlindungan, kulit wajah lelaki lebih berisiko untuk rosak.

3. Elak nampak tua sebelum usia

tua sebelum usia
Gambar: Shutterstock

"Kau nampak tua lah!" — Pedih bro! Salah satu punca korang nampak tua dari usia (premature aging) adalah kerana sentiasa terdedah kepada sianr UV tanpa perlindungan.

Bila selalu kena UVA & UVB, kolagen dalam kulit cepat rosak.

Hasillnya, kulit jadi...

  1. Muncul jeragat dan bintik gelap
  2. Kulit kendur pada usia lewat 20 an.
  3. Muncul kedutan halus.
  4. Kulit kusam.

4. Kurangkan masalah kulit sedia ada

Gambar: Klinik Avicenna

Kalau dah memang ada masalah jerawat, kulit sensitif, tona tak sekata, this is your sign untuk pakai sunscreen setiap hari.

Ramai tak sedar yang sinaran UV tu sebenarnya antara punca utama masalah kulit.

Kalau tak protect kulit yang bermasalah tu, jerawat dan jeragat akan jadi lebih teruk

5. Elak risiko kanser kulit

Mintak jauh! Ini adalah akibat tidak memakai sunscreen yang berpanjangan. 

Pendedahan berpanjangan kepada sinaran UV tanpa perlindungan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. - Sumber: Berita Harian

Cara pilih sunscreen sesuai untuk lelaki

The truth is, tak ada sunscreen khas untuk untuk jantina. Kulit manusia sama sahaja.

Cuma kulit lelaki generally lebih tebal, berminyak, and it ages differently berbanding kulit perempuan.

Ini disebabkan faktor kolagen yang lebih tinggi & berbezaan hormon testosteron pada lelaki. - Sumber: Eucerin

Jadi kalau nak pilih sunscreen sesuai anda perlu...

1. Pilih nilai SPF yang sesuai

Untuk pengetahuan, SPF bermaksud 'sun protection factor'. Ia menjadi ukuran sejauh mana krim tersebut memberi perlindungan terhadap sinaran UV.

Basically, semakin tinggi nilai SPF semakin tinggi perlindungan terhadap kulit.

Minimum SPF30 sudah memadai sekiranya tidak banyak aktiviti outdoor.

2. Cari label 'non-comedogenic'


Dalam bahasa mudah ia bermaksud tidak menyumbatkan liang pori.

Ini penting untuk lelaki yang memiliki kulit berminyak dan mudah tumbuh jerawat.

3. Pilih ikut jenis kulit

kulit sensitif
Gambar: Freepik

Kalau nak cari sunscreen terbaik untuk lelaki, kenalah ikut jenis kulit.

Tersalah pili, kulit berminyak akan bertambah melekit dan silap hari bulan tumbuh jerawat!

Kenal pasti kulit sendiri, baru beli.

Kulit berminyak:

  • Guna sunscreen jenis gel atau water-based yang ringan dan cepat meresap. Cari label 'hyaluronic acid & niacinamide'.

Kulit kering:

  • Pilih yang ada kandungan melembapkan kulit seperti hyaluronic acid, ceramide & aloe vera.

Kulit sensitif:

  • Gunakan sunscreen physical sunscreen sebab formula dia lebih lembut dan beri iritasi.

Kulit berjerawat:

  • Sama seperti kulit sensitif, anda perlukan physical sunscreen dan bebas alkohol di mana kandungan ini tidak berisiko untuk beri iritasi.

Rekomendasi sunscreen terbaik untuk lelaki

Ok, now dah tahu kepentingan pakai sunscreen kan?

Ini piliha sunscreen yang boleh anda cuba. Saya dah pilih yang popular, berkesan, selamat, bersama pautan pembelian dengan harga promo.

1. Kahf Triple Protection Sunscreen Moisturizer

Kahf Triple Protection Sunscreen Moisturizer

Jenama Kahf ni memang sudah terkenal dalam mengeluarkan set penjagaan kulit lelaki.

Cukup popular, terutama sekali Kahf Perfume Saffron Oud dan deodorant nya. 

Bagi sunscreen pulak, best sebab:

  • SPF30 PA+++, perfect untuk harian.
  • Lindungi kulit dari blue light & persekitaran seperti habuk dll.
  • Turut melembapkan kulit.
  • Botol minimalis & nampak maskulin.

{getButton} $text={ RM14 di Shopee } $icon={cart}

2. 3W Clinic Intensive UV Sunscreen Cream

Untuk beginners yang tak nak keluarkan banyak duit untuk skincare. Tapi masih nak sunscreen yang berkualiti..

Saya cadangkan sunscreen dari 3W Clinic.

  • Harga amat berpatutan.
  • Langsung tak ada white cast.
  • Tak melekit atau buat muka berminyak.
  • Ada red ginseng untuk anti-aging.
  • Ada arbutin untuk pudarkan bintik hitam.

{getButton} $text={ RM10 di Shopee } $icon={cart}

3. COSRX Aloe Soothing Sun Cream

COSRX Aloe Soothing Sun Cream

FYI ini merupakan hybrid sunscreen yang menggabungkan kedua filter physical dan chemical sunscreen.

Pilihan terbaik kalau tengah cari sunscreen untuk kulit kering.

  • Aloe vera berfungsi untuk beri hidrasi pada kulit.
  • Tak menyumbatkan pori.
  • Cepat meresap & tak ada white cast.
  • Tekstur ringan, kulit lembut selepas sapuan.

{getButton} $text={ RM29 di Shopee } $icon={cart}

4. Skintific Matte Fit Serum Sunscreen


Cadangan sunscreen terbaik untuk lelaki seterusnya adalah dari Skintific yang botol purple ni.

  • Diformulasi untuk kulit berminyak.
  • Tak buat muka melekit atau bersinar.
  • Ada matte finish & glow at the same time.
  • Senang nak blend, no white cast.

{getButton} $text={ RM19 di Shopee } $icon={cart}

5. Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel

Yang dah start ada jeragat tu saya cadangkan guna sunscreen dengan kandungan arbutin.

It really helps untuk pudarkan dark spots dan halang dari timbul jeragat baru.

  • Ada 5 jenis filter untuk halang sinar UV dari rosakkan kulit.
  • Banyak kandungan best seperti arbutin, niacinamide.
  • Tekstur gel, ringan je!
  • Anti blue light & pollutant.

Baca: Sunscreen terbaik untuk jeragat di Watson {alertInfo}

{getButton} $text={ RM25 di Shopee } $icon={cart}

6. The Originote Niaceramide Sunscreen Mist

The Originote Niaceramide Sunscreen Mist

Kalau korang jenis malas nak sapu dan rasa leceh nak buat skincare, saya cadang guna sunscreen jenis spray!

Spray je, terus siap!

  • Ada 5X ceramide yang boleh lembapkan kulit.
  • Niacinamide untukk kawal minyak & kecutkan jerawat.
  • Baiki skin barrier anda.
  • Senang nak reapply sunscreen.

{getButton} $text={ RM12 di Shopee } $icon={cart}

7. Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone-Up Suncream

Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone-Up Suncream

Untuk kulit sensitif dan berjerawat, pilihan terbaik tentulah physical sunscreen.

  • Sebab kandungannya lebih lembut dan tak buat jerawat sedia ada makin teruk.
  • Efek 'tone-up' buat muka berseri & ready to go.
  • Kandungan centella untuk rawat kemerahan.
  • Tak menyumbatkan pori.
  • Tidak melekit.

{getButton} $text={ RM31 di Shopee } $icon={cart}

8. The Pastels Shop Invisible Sunscreen

The Pastels Shop Invisible Sunscreen

Famous betul jenama tempatan ni. No 1 di SHopee dengan jualan sunscreen tertinggi. 

Ramai yang dah start pakai, and you should too!

  • Sesuai untuk semua jenis kulit. 
  • Tak ada white cast, sebab tu nama dia 'invisible'.
  • Ringan, selesa dipakai sebab tak melekit.
  • Mesra wuduk, senang dicuci.

{getButton} $text={ RM9 di Shopee } $icon={cart}

Tips pakai sunscreen dengan betul agar lebih efektif

Dah pakai sunscreen, tapi tersalah teknik pulak. Rugi je kan?

Nah, saya kongsikan cara pakai sunscreen dengan betul supaya lebih berkesan dalam melindungi kulit.

1. Sapu sunscreen pada langkah terakhir skincare

FYI, sunscreen digunakan pada langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit.

Normally ia adalah langkah terakhir selepas sapuan moisturizer (pelembap).

2. Guna kuantiti sunscreen 2 jari

sunscreen 2 jari
 

Saya pasti korang pernah dengan teknik 2 jari ni. Ini adalah kuantiti yang disarankan dermatologi.

Kuantiti ini cukup untuk melindungi wajah sepenuhnya.

3. Pilih SPF yang bersesuaian

Sunscreen dengan SPF 50 lebih ideal sekiranya anda banyak aktiviti di luar rumah.

Manakala SPF30 atau 35 lebih sesuai kalau anda luangkan masa di dalam rumah. Ingat, dalam rumah pun kena pakai sunscreen tau.

4. Reapply sunscreen setiap 3 hingga 4 jam

Ya, perlu ulang sapu sunscreen supaya anda kekal terlindung sepanjang hari.

Ini kerana sunscreen akan luntur akibat peluh, terkena air, wuduk, atau kerap menyentuh wajah.

Saya dah explain panjang lebar dalam posting - Cara Reapply Sunscreen.

FAQs

Sunblock terbaik untuk ke pantai?

Hah! Untuk ke antai pula sudah tentulah guna sunscreen yang tinggi SPF dan tidak mudah luntur.

Boleh cuba 3W Clinic UV Intensive sunscreen atau yang terbaik Sunplay Sultra Shield SPF130.

Sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi?

Kulit kombinasi di mana kering diawasan pipi & berminyak di T-zone, guna Biore Perfect Protect Milk. 

Sunplay Sultra Shield

Kesimpulan

Penggunaan sunscreen terbaik untuk lelaki secara konsisten adalah salah satu cara paling efektif untuk cegah kerosakkan kulit.

Pilih yang seseuaim pakai dengan konsisten. Kulit lebih sihat, korang pun auto handsome! 😎

Anggap je lah ini satu pengorbanan kecil. Sapu sunscreen 1 minit setiap hari dari terpaksa tanggung masalah kulit di masa hadapan.

Terbaru Lebih lama