Akibat Tidak Pakai Sunscreen: Ini 6 Kesan Buruk Pada Kulit!

Pernah tengok individu dengan muka berjeragat dan kusam? Hah! Itu adalah akibat tidak memakai sunscreen setiap hari!

Ia terjadi sebab pemakaian sunscreen sering dianggap remeh. Saya sendiri pernah ada tanggapan macam tu. Tapi lepas lihat sendiri kesannya pada kulit, jadi seram dan mula pakai sunscreen setiap hari.

akibat tidak pakai sunscreen

{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}

Sebab setiap hari kita terdedah kepada kepada cahaya matahari. Sama ada naik motor, keluar jalan-jalan, sidai baju, even berada di dalam rumah sekali pun, kita masih terdedah kepada sinar UV dari tingkap.

Imagine situasi macam ni:

Cuaca panas terik dan anda terburu-buru untuk keluar rumah. And you say - "Ah, kejap je ni, tak payah pakai sunscreen!"

Bayangkan keputusan sekecil itu dan anda ulang setiap hari. Ia boleh beri kesan besar kepada kulit.

Saya akan dedahkan semua akibat tidak memakai sunscreen yang mungkin tidak pernah anda fikirkan sebelum ini.

Saya rasa selepas baca artikel ini, anda tidak akan keluar rumah tanpa memakai sunscreen!

By the end of this article, anda akan ketahui:

  1. Apa itu sunscreen
  2. Kepentingan sunscreen
  3. Jenis-jenis sunscreen di pasaran
  4. Kesan tidak memakai sunscreen
  5. Sunscreen terbaik di Malaysia
  6. Sunscreen sesuai mengikut jenis kulit
  7. Cara pakai sunscreen dengan betul

Apa itu sunscreen?


Dalam bahasa mudah, sunscreen adalah lapisan krim, cecair, atau gel yang digunakan di atas permukaan kulit untuk melindunginya dari sinaran UV.

Lapisan krim tersebut WAJIB ada Sun Protection Factor (SPF) yang merujuk kepada berapa lama dan dan kadar perlindungan ketika berada di atas kulit.

Lebih tinggi nilai SPF lebih baik kadar perlindungannya.

Maksud sinar UV

uva uvb
Sumber: beaunion colors

Sebenarnya matahari is not the main issue, tetapi sinar UV yang dihasilkan matahari adalah ancaman terbesar kepada kulit.

  • UVA - Sinar yang menyebabkan penuaan. Kulit akan nampak kusam dan berkedut.
  • UVB - Sinar yang menyebabkan sunburn, jeragat, dan risiko kanser kulit.

Manfaat sunscreen kepada kulit

Pakai sunscreen bukan hanya nak ke pantai atau bersukan je tau! Tetapi ia haruslah dipakai setiap hari pada waktu siang.

Tidak kiralah sekiranya berada di dalam rumah sepanjang hari, anda masih terdedah kepada sinar UV yang masuk melalui tingkap.

Ini adalah kepentingan pemakaian sunscreen kepada kulit:

  1. Melindungi kulit dari punca utama masalah kulit iaitu sinar UV.
  2. Untuk pastikan kulit wajah tidak mudah rosak seperti masalah kekusaman, bintik hitam dan sunburn.
  3. Elak kulit dari penuaan, atau berkedut yang buat anda nampak tua sebelum usia!
  4. Mengurangkan risiko kanser kulit kerana sinar UV adalah punca utama kanser tersebut. (Sumber: Gleneagles.com)

Akibat tidak memakai sunscreen setiap hari

Apa yang bakal saya kongsikan ini bukan rekaan tau. It is well known. Ia merupakan hasil kajian pakar kulit dari sumber sah dan pengalaman peribadi saya sendiri.

1. Sunburn

Sunburn adalah kesan paling cepat dan jelas pada kulit. Ia bukan sahaja buat kulit gelap, tetapi bertukar kemerahan, panas, dan pedih apabila disentuh.

Sekiranya sunburn teruk, kulit bukan sahaja kemerahan bahkan boleh melepuh dan menggelupas beberapa hari.

Jangan pandang ringan, ia bukan sekadar 'masalah kosmetik' je. Tetapi merupakan tanda bahawa sel kulit telah rosak akibat sinar UV.

Baca: 7 Produk Hilangkan Sunburn di Watson {alertInfo}

2. Jeragat 

Sumber: Freepik

Jeragat atau hyperpigmentasi adalah antara akibat tidak memakai sunscreen yang ketara. Jeragat merupakan tompok gelap pada kulit yang paling digeruni.

Jeragat ni hampir tidak boleh dirawat tau! Sekali muncul memang susah nak hilang. Rawatan di klinik pula mahal. Memang menangis tak berlagu! 

3. Kulit berkedut

Ini adalah contoh penuaan. Anda akan nampak lebih tua dari usia sebenar! Ini termasuk:

  • Kulit berkedut dan nampak tua.
  • Timbul garis-garis halus.
  • Kulit jadi kendur walaupun masih berusia 20 an.

Ramai ingat kedutan ini normal dan proses semula jadi. Hello, not in your 20s! Banyak kajian membuktikan penuaan disebabkan kerosakkan matahari. Sumber - Coola.com.

Pakailah sunscreen seawal waktu remaja untuk nampak tua sebelum usia.

Baca: 7 Sunscreen untuk remaja {alertInfo}

4. Masalah kekusaman

Pernah tengok cermin dan lihat kulit kusam, tak bermaya dan tak berseri langsung? Ini adalah antara kesan membiarkan kulit terdedah tanpa perlindungan.

Kekusaman akan bertambah teruk sekiranya sel kulit mati terkumpul bertambah.

Sumber: sanctuary aesthetics

Apa yang boleh anda lakukan adalah pakai sunscreen setiap hari dan exfoliate 3 kali sehari. 

Bab exfoliate ni kita bincang dalam posting akan datang okay? 🌸

5. Risiko kanser kulit

Akibat tidak memakai sunscreen paling serius adalah pengingkatan kepada risiko kanser kulit!

Menurut American Cancer Society, pendedahan terhadap sinar UV antara penyebab utama kanser kulit.

Simptom kanser ini boleh muncul tanpa kita sedar seperti di belakang telinga, leher, dan lengan.

This is the worst case scenario. Mintak jauh kan? Jadi jom ketahui macam mana cara elak kulit dari rosak.

Cara pakai sunscreen dengan betul

Jadi untuk elak semua masalah kulit yang saya sebutkan di atas, berikut merupakan panduan tepat cara pakai sunscreen untuk perlindungan maksimum.

1. Pilih SPF yang sesuai

Pastikan sunscreen yang dibeli memiliki nilai SPF sesuai dan tawarkan 'broad-spectrum' atau perlindungan luas untuk protect kulit dari UVA dan UVB

  • SPF30 - Nilai ideal untuk kegunaan harian & sekiranya anda tidak banyak aktiviti di luar rumah.
  • SPF50 - Nilai SPF terbaik yang disyorkan sekiranya banyak terdedah dengan aktiviti outdoor.

2. Guna kuantiti secukupnya


Jangan kedekut! Sapu sunscreen pada wajah dengan kuantiti yang cukup untuk perlindungan maksimum.

Kuantiti yang disyorkan adalah sebanyak 2 jari (two-finger technique).

Ini adalah kuantiti yang disarankan para dermatologi. 2 jari bersamaan dengan 2 miligram pada 1 sentimeter untuk seluruh wajah. Sumber - Glowwe.

Ini untuk memastikan keseluruhan wajah terlindung dengan sempurna.

3. Pilih sunscreen mengikut jenis kulit

Nak pakai sunscreen pun jangan sembarangan tau. Pilih ikut jenis kulit. 

  • Kulit berminyak - Pilih yang "oil-free".
  • Kulit berjerawat - Pilih physical sunscreen. 
  • Kulit kering - Guna sunscreen yang mengandungi ceramide.

Teruskan membaca sebab saya senaraikan beberapa rekomendasi sunscreen di bawah. 👇

4. Reapply sunscreen setiap 3 - 4 jam

Yup! Anda kena ulang pakai sunscreen setiap 3 - 4 jam sebab sunscreen itu akan luntur sekiranya berpeluh, berwuduk, kerap sentuh muka, dan faktor persekitaran.

Tips berguna, bawa sunscreen dalam beg. Senang sikit nak reapply.

Atau anda boleh baca dengan lebih detail dalam posting bertajuk Cara Reapply Sunscreen.

5. Beli sunscreen mengikut bajet

Tidak dinafikan banyak sunscreen mahal di luar sana. Sunscreen La Roche-Posay contohnya mencecah RM91.

Tetapi masih banyak sunscreen murah tapi bagus di pasaran. Ini boleh encourage anda untuk jaga kulit tanpa perlu berbelanja besar.

Baca: 7 Sunscreen Untuk Remaja

6. Cuci sunscreen dengan bersih

micellar water

Memang digalakkan cuci sunscreen sebelum tidur untuk elak pori tersumbat seterusnya menyebabkan jerawat.

Pilihan terbaik untuk cuci sunscreen adalah:

  • Pencuci muka
  • Micellar water
  • Makeup remover
  • Double cleansing (cuci muka dengan 'cleansing oil, diikuti pencuci muka biasa)

Rekomendasi sunscreen mengikut jenis kulit

Kalau tersalah pilih, akibat tidak memakai sunscreen yang sesuai boleh buat muka berminyak dan berjerawat tau.

Saya dah kumpulkan beberapa sunscren terbaik mengikut jenis kulit, dan dah cari pautan harga termurah dari trusted seller. ✨

Kulit kering

Perlukan kelembapan, beli yang ada ceramide & hyaluronic acid.

Contoh:

1. Skintific 5X Ceramide Sunscreen Serum - RM25 di Tiktok

2. Wardah Essential Gel Sunscreen serum - RM12 di Shopee

Kulit berminyak

Untuk elak wajah lebih berminyak, pilih sunscreen dengan label "oil-free" atau "matte". 

Sunscreen untuk kulit berminyak tak buat buat muka melekit & bersinar.

3W Clinic Intensive UV Sunscreen Cream

Contoh:

1. Skintific Matte Fit Serum Sunscreen - RM21 di Shopee

2. 3W Clinic Intensive UV Sunscreen Cream - RM10 di Tiktok

Kulit berjerawat & sensitif

Senang je, pilih physical sunscreen! Sebab kandungannya tidak memberikan iritasi. Cari sunscreen yang ada kandungan zinc oxide dan titanium dioxide.

Some By Mi Truecica Mineral Sunscreen

Contoh:

1. The Pastels Shop Matte Relief Physical Sunscreen - RM28 di Shopee

2. Some By Mi Truecica Mineral Sunscreen - RM31 di Shopee

Kulit kombinasi

Yang berminyak di T-zone dan kering di bahagian lain, pilih yang seimbang dan tidak terlalu creamy.

Contoh:

1. Biore UV Perfect Protect Milk - RM11 di Shopee

2. YOU Sunbrella Daily Defense - RM12 di Shopee

FAQs

Sunscreen untuk ibu mengandung?

Ya, ibu hamil pun kena pakai sunscreen. Physical sunscreen adalah yang paling disyorkan sebab ia tidak berisiko untuk beri iritasi & alergi.

Saya dah ulas dalam posting - 7 Sunscreen Untuk Ibu Mengandung di Watson.

Kesimpulan

Nampak tua, kulit kusam dan berjeragat adalah antara akibat tidak memakai sunscreen. Kalau nak repair dengan skincare ambil masa bertahun tau.

Nak buat treatment pula makan modal. Namun, kesemua ini boleh dicegah dengan PAKAI SUNSCREEN SETIAP HARI.

Jangan sampai nampak kesan baru nak bertindak! Semoga bermanfaat!

Terbaru Lebih lama