Moms, bukan semua pencuci muka sesuai digunakan ketika pregnant tau! Perubahan hormon yang drastik buat kulit jadi lebih sensitif. Kulit kering, menggelupas, sensitif mungkin berlaku. Tapi jangan risau, kamu suggest pencuci muka untuk ibu mengandung di Watson je.
Mesti pernah dengan tentang 'pregnancy glow' kan? Kononnya muka berseri-seri ketika mengandung.
Hakikatnya tak semua macam tu. Ada yang jadi super sensitif akibat perubahan hormon yang berlaku.
Jadi dalam artikel ini kami kongsikan tentang pencuci muka yang sesuai, kenapa perlu tukar, bahan yang perlu dielakkan & info bermanfaat lain.
{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}
Kenapa ibu mengandung perlu tukar pencuci muka?
Ini semua gara-gara perubahan hormon estrogen & progesteron. Skin barrier ketika hamil mudah terganggu.
Kalau masih guna cleanser lama yang 'kuat' ia boleh menyebabkan iritasi berpanjangan.
Ibu mengandung perlu tukar pencuci muka sebab:
1. Kurang terdedah kepada bahan kimia
Kandungan bahan kimia dalam skincare adalah normal dan selamat untuk kesihatan kulit.
Tetapi ada beberapa jenis chemical yang tidak selamat buat ibu mengandung.
Kita tidak mahu kulit serap bahan yang berpotensi beri risiko kepada bayi.
2. Kulit mudah kering
Lepas cuci muka je kulit rasa tegang, kering, malah menggelupas walaupun disusuli dengan pemakaian moisturier.
3. Kurangkan risiko kepada bayi
Menurut laporan The Bump, bahan seperti retinoid, parabens, dan benzoyl peroxide boleh meningkatkan level vitamin A dan ini boleh menjejaskan bayi.
4. Kurang terdedah kepada bahan kimia
Cepat rasa pedih, kemerahan, walaupun dah berbulan guna cleanser sama.
Bahan pencuci muka yang WAJIB dielakkan ibu mengandung
Kulit ibu mengandung memang sensitif akibat perubahan hormon.
Banyak kandungan yang tidak sesuai for pregnant ladies.
Sebab bahan-bahan ini menyerap ke dalam bloodstream dan mengganggu bertumbuhan bayi.
Contohnya:
1. Retinoid
Bahan yang cukup popular untuk penuaan dan mendapatkan kulit flawless.
Ramai sangka retinol hanya wujud dalam serum sahaja. SALAH ya! Ia juga wujud dalam skincare lain.
Retinol ni tinggi vitamin A dan boleh memberi risiko kepada pertumbuhan bayi.
Elak kandungan seumpamanya seperti retinyl palmitate, Retin-A, tretinoin, adapalene, and isotretinoin.
Baca: Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Sensitif {alertInfo}
2. Salicylic acid (dos tinggi)
Salicylic acid memang bagus untuk buang sel kulit mati dan whiteheads.
Malah merupakan bahan terbaik untuk mendapatkan kulit flawless.
Ia masih selamat digunakan oleh ibu mengandung, tetapi dalam dos 2% dan ke bawah.
Rujuk label bahan untuk mengetahui peratusan salicylic acid.
3. Benzoyl peroxide
Benzoyl peroxide sering ditemui dalam produk merawat jerawat.
Masih boleh digunakan kalau ada jerawat, tetapi dalam jumlah kecil.
Penggunaan berlebihan boleh meningkatkan risiko iritasi pada kulit yang lebih sensitif ketika hamil.
4. Hydroquinone
Hydroquinone merupakan bahan pencerah yang kuat dan disenaraikan di bawah Akta Racun 1952.
Ia adalah bahan bawalan yang biasa digunakan untuk merawat melasma dan parut jerawat.
Sumber - Glowwe.
Baca: 10 Contoh Physical Sunscreen Terbaik {alertInfo}
Cara pilih pencuci muka untuk ibu mengandung di Watson
Jangan skip rutin mencuci muka ya! Wajah harus sentiasa bersih, bebas minyak dan kotoran.
Risau kot-kot ada jerawat pulak nanti.
Kat Watson atau mana-mana drugstore nanti, pilih pencuci muka yang:
Low pH
Nilai pH terbaik adalah sekitar 5.5. Just nice untuk kulit. Penting untuk jaga skin barrier.
Ini supaya kulit tidak terlalu kering atau berminyak serta elak masalah kulit lain.
Ingat, kulit ibu mengandung ni sensitif tau!
Pencuci muka yang lembut (gentle cleanser)
Cleanser yang tidak buat kulit tegang. Pilih jenis krim dan tidak berbuih.
Melembapkan kulit
Pilih pencuci muka yang diformulasi untuk melembap dan melembutkan kulit.
Cari pencuci muka yang ada bahan-bahan seperti:
- Hyaluronic acid
- Niacinamide
- Ceramide
- Centella asiatica
- Aloe vera
Pilih yang non-comedogenic
Bahasa mudah - tidak menyumbatkan pori. Kulit wajah agak sensitif di fasa kehamilan.
Guna cleanser yang tidak menyumbatkan pori untuk elak whiteheads dan jerawat.
Rekomendasi pencuci muka untuk ibu mengandung di Watson
Kami mudahkan kerja anda dengan list kan beberapa cleanser yang sesuai dan selamat.
Ingat, fokus utama dalam pemilihan pencuci muka adalah:
GENTLE & SAFE
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
- Pencuci muka paling terkenal kat atas muka bumi ni.
- Cetaphil ni sentiasa ada kat rak, senang jumpa!
- Ada gabungan B3, pro-vitamin B5 dan glycerine.
- Bebas pewangi.
- Tak buat kulit tegang selepas mencuci.
RM18 (500ml) - BELI SINI LAGI JIMAT
Skintific 5X Ceramide Low pH Face Wash
Dikhaskan buat kulit normal dan kering sebab ia gentle & banyak ejen pelembap.
- Ada 5 jenis ceramides, hyaluronic acid, and niacinamide.
- Melembap, buat kulit lembut & kawal minyak.
- pH 5.5, nilai yang perfect untuk pencuci muka.
- Bebas SLS, alkohol, paraben
RM14 - CHECK HARGA TERKINI SINI
Mama's Choice Gentle Face Cleanser
Jenama skincare untuk ibu mengandung dan menyusu yang terkenal
- Mencerahkan kulit.
- Buang segala kotoran & minyak berlebihan.
- Collagen extract buat kulit lembap & lembut.
RM29 - BELI MAMA'S CHOICE ADA DISKAUN
Facerinna 5.5 Low pH Gel Cleanser
Ini pencuci muka untuk ibu mengandung yang jenis acne prone atau tengah breakout.
- Nilai pH 5.5, perfect untuk skin barrier.
- Buih minimal, tak buat kulit tegang.
- Ada allantoin untuk melembutkan kulit.
RM14 - SHOPEE PALING MURAH
Skin1004 Madagascar Centella Ampoule Foam
Kulit kering masa mengandung? Boleh cuba cleanser yang famous ni!
- Buang semua kotoran tanpa mengeringkan kulit.
- Kulit segar, lembap & lembut.
- Tak ada pewangi, paraben, alkohol.
RM29 (125ml) - BELI DI SHOPEE
RM11 (20ml) - BELI SINI
Rutin penjagaan kulit untuk ibu mengandung
Mencuci muka adalah langkah pertama. Tapi jangan berhenti di situ tau!
Buat rutin skincare harian anda macam biasa, cuma guna produk yang lebih gentle.
Pagi: Cuci muka + moisturizer + sunscreen
Selepas basuh muka, terus pakai moisturizer melembapkan kulit.
WAJIB pakai sunscreen. Pakai sunscreen untuk ibu mengandung di Watson.
Malam: Cuci muka + serum + moisturizer
Lepas basuh muka, sapu serum (optional) tanpa retinol.
Kemudian pakai moisturizer melembapkan kulit supaya kulit segar di waktu pagi.
FAQs
Bolehlah guna pencuci muka biasa saya?
Boleh, kalau tak ada bahan aktif dan berbahaya seperti yang kami nyatakan di atas.
Apakah serum untuk ibu mengandung?
Mana-mana serum melembap dan merawat masalah kulit. Elak serum yang ada retinol.
Moisturizer sesuai untuk ibu mengandung?
Yang ada ceramide or hyaluronic acid. Try Cerahydro Barrie Moistur Gel. (shopee)
Perfect untuk pregnant moms, tengah breatsfeed & TTC.
Kesimpulan
Ya, fasa kehamilan memang mencabar termasuklah dalam pemilihan skincare.
Apa yang penting adalah pemilihan produk sesuai, sentiasa baca bahan dan konsisten.
Jadi carilah pencuci muka untuk ibu mengandung di Watsons yang betul.
Have a safe & fun pregnancy! 💕









