Sunscreen 3W Clinic Untuk Kulit Berminyak | Ringan dan Tak Melekit

Kulit korang berminyak dan nak cuba sunscreen dari 3W Clinic? You are in the right place sebab saya kongsikan tiga sunscreen 3W Clinic untuk kulit berminyak!

3W Clinic memiliki beberapa jenis sunscreen. Jadi saya bantu anda dengan senaraikan 3 sunscreen 3W Clinic yang sesuai agar kulit anda dapat full proctection dan kawal minyak berlebihan!

Sunscreen 3W Clinic Untuk Kulit Berminyak

{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}

Rekomendasi sunscreen 3W Clinic untuk kulit berminyak

Intensive UV Sunscreen Cream

Intensive UV Sunscreen Cream

Antara best seller sunscreen di pasaran hari ini. Tiub biru ni packaging baru kepada tiub warna silver tu. Kandungan dan kadar perlindungan suria yang sama.

  • Ada aloe vera untuk melembap, dan buat kulit rasa sejuk.
  • Red ginseng pula sebagai anti-aging, elak nampak lebih tua dari usia.
  • Arbutin yang selalu ditemui dalam produk high-end.
  • Tak ada white cast, cepat meresap, tak melekit.

    {getButton} $text={ RM33 Beli DI SINI } $icon={cart}

    Intensive Green Tea Sunblock Cream

    Intensive Green Tea Sunblock Cream

    Sunscreen terbaharu ini direka khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat. Kenapa?

    • Ada centella asiatica untuk meredakan kemerahan, rawat jerawat aktif.
    • Tiada paraben dan tak ada bau yang menjengkelkan.
    • Kawal extra sebum dan tak buat kulit melekit walaupun berpeluh.
    • Senang nak blend dan ringan.

      Intensive Dr. Kim Bright Sun Tone Up Cream

      Intensive Dr. Kim Bright Sun Tone Up Cream

      'Tone up' di sini bukan bercapuk tau. Tetapi sunscreen yang juga bertindak sebagai makeup primer. Kalau malas makeup, boleh terus pakai sunscreen ni tanpa solekan sebab ia beri natural skin tone-up.

      • Mencerahkan kulit kusam.
      • Buat satu tona lebih cerah, tapi tak kelabu atau white cast.
      • Sesuai untuk yang malas makeup, tapi nak nampak 'ready to-go'. 
      • Ada glow effect.
      • Ada niacinamide, green tea bagus untuk rawat jerawat.

      Manfaat sunscreen 3W Clinic untuk kulit berminyak

      1. Ringan dan mudah meresap. Tak perlu risau soal melekit kerana ia senang nak blend.

      2. Matte finish. Kesan selepas sapuan idaman semua. Tak buat muka nampak berkilat.

      3w clinic sunscreen review
      Gambar: www.medium.com

      3. Perlindungan UV yang optimum. Dengan SPF50 PA++++, ia menawarkan perlindungan UV yang maksimum. Ini untuk mencegah sunburn, kulit kusam, penuaan, jeragat, dan risiko kanser kulit.

      Cara pakai sunscreen dengan betul

      Amalkan tips ini agar kulit benar-benar terlindung dari sinaran UV  

      1. Basuh muka mengikut jenis kulit. Contohnya pencuci muka untuk kulit berminyak seperti Cosmoderm Perfect Balanced Cleanser.  

      2. Pakai moisturizer / pelembap muka. Biarpun kulit berminyak, anda masih WAJIB pakai moisturizer untuk kawal extra sebum dan beri hidrasi.  

      3. Sapu sunscreen dengan cukup. Sapu sunscreen dengan sekata. Guna sebanyak dua jari adalah kuantiti yang ideal.  

      4. Reaaply sunscreen. Untuk pastikan anda dapt perlindungan sepanjang hari, pastikan reapply sunscreen setiap 3-4 jam. 

      Baca: 3W Clinic Sunscreen Halal atau Tidak?  {alertInfo}

      FAQs

      Keburukan sunscreen 3W Clinic?
      Setakat ini tiada. Cuma lambakkan produk fake sedikit sebanyak menjejaskan nama jenama. Saya sarankan anda beli dari pengedar sah seperti pautan yang saya kongsi di atas.
      Sunscreen 3W Clinic chemical atau hybrid?
      Untuk pengetahuan, kesemua sunscreen 3W Clinic adalah hybrid. Iaitu gabungan fizikal dan chemical filter yang tiada white cast. Lebih ringan dan water-based.

      Kesimpulan

      Sunscreen 3W Clinic mempunyai sunscreen terbaik untuk pemilik kulit berminyak. Anda masih boleh mendapat perlindungan sepenuhnya tanpa buat muka melekit dan berkilat. Malah, harganya pula cukup murah.

      Terbaru Lebih lama