Kulit rasa tegang, merekah, kemerahan, dan kadang kala rasa pedih serta gatal. Itu tandanya kulit anda memiliki kulit kering. Salah satu cara atasi masalah ini adalah pakai pencuci muka untuk kulit kering yang tepat!
Ramai tak sedar, salah memilih pencuci muka boleh menyebabkan skin barrier lemah, kurang hidrasi, dan hilangkan kelembapan semula jadi.
Korang fikir "alah, pencuci muka ni sama je. Asalkan bersih dan buang kotoran, basuh, selesa." Betul tak?
SALAH!
Cleanser main peranan penting dalam rutin penjagaan kulit kering. Tersalah pilih produk, step selepas tu jadi tak efektif tau.
Dalam artikel ni ByUtopia akan kongsi everything that you need to know dari:
- Punca kulit kering.
- Bahan yang wajib dielakkan.
- Cara atasi kulit kering.
- Tips pilih pencuci muka.
- Rekomendasi cleanser saranan dermatologi.
Tanda-tanda anda memiliki kulit kering
Macam mana nak tahu jenis kulit kita sama ada normal, kering, berminyak, atau berjerawat?
Selepas mencuci, biarkan wajah kering tanpa sebarang produk skincare selama 1 jam
Kalau selepas 1 jam kulit rasa:
- Kulit rasa tegang
- Kesat
- Menggelupas
- Nampak kusam
Ini bermakna anda memiliki kulit kering.
Apakah punca kulit kering?
Kulit kering berpunca daripada skin barrier (lapisan luar kulit) yang lemah.
Ia tidak mampu untuk mengekalkan kelembapan dan minyak semula jadi kulit.
Selain itu faktor lain yang menyebabkan kulit kering adalah:
1. Cuaca dan persekitaran
Berada dalam bilik ber-aircond, perubahan cuaca dan suhu mendadak boleh hilangkan kelembapan kulit.
2. Guna skincare yang tidak sesuai
Produk skincare anda ada bahan seperti SLS, alkohol atau berbuih menyebabkan kulit bertambah kering.
Sebab itulah pemilihan produk khususnya pencuci muka sesuai amat kritikal!
3. Kurang minum air
Hah, kita selalu lupa minum air kan? Minum ketika haus je! Salah tu.
Bukan setakat kulit wajah, satu badan pun boleh kering kalau tak minum air.
![]() |
| Minum air secukupnya setiap hari |
4. Masalah kesihatan dan ubatan
Penyakit sedia ada seperti ekzema, kencing manis, psoriasis dan pengambilan ubat-ubatan boleh menyebakan hidrasi dan kulit kering.
Ekzema rosakkan lapisan kulit; manakala kencing manis menyebabkan hidrasi akibat peningkatan paras gula dalam darah. Sumber - American Academy of Dermatology.
Cara mengatasi masalah kulit kering
Jangan risau, masalah kulit kering tu boleh diselesaikan. Mudah je nak dapatkan kulit lembap dan sihat.
Segalanya bermula dengan rutin yang betul dan disiplin. Seperti:
1. Minum air secukupnya
Langkah pertama untuk rawat kulit kering adalah dengan minum air! Bukan tunggu haus baru minum ya!
Air dalam badan yang mencukupi buat kulit lebih lembap & sihat.
They say 8 gelas atau 1.5 liter air kosong setiap hari.
Tips: Guna botol air with reminder.
Siap tulis waktu dan amount air kena minum. Confirm tak akan lupa minum air.
Botol ni pun murah je. Tengok harga di sini.
2. Guna pencuci muka yang sesuai
First step dalam rutin penjagaan kulit kering. Guna pencuci muka untuk kulit kering yang betul!
Ia harus bersifat melembap, bebas SLS, dan buih yang minima.
Formulasi cleanser tu tidak buang kelembapan semula jadi. Kalau tak, lepas cuci je terus rasa kering dan tegang.
3. Pakai moisturizer
Tak kira apa jenis dan masalah kulit, korang kena pakai moisturizer!
Bagi kulit kering, pilihlah yang ada kandungan melembap contohnya hyaluronic acid, ceramide & glycerin.
Moisturizer bertekstur krim amat digalakkan untuk 'lock' moisture!
10 rekomendasi pencuci muka untuk kulit kering
Kami faham, anda keliru nak pilih pencuci muka sebab terbanyak pilihan di pasaran.
Don't you worry kami senaraikan 10 cleanser yang dirumus khas untuk buat kulit lembap.
Senarai di bawah adalah dari trusted seller dan tawar harga paling rendah berbanding kedai fizikal.
Skintific 5X Ceramide Low pH Cleanser
FYI, cleanser ni ada formulasi sempurna untuk kulit kering.
- 5X ceramide untuk cegah kekeringan.
- Hyaluronic acid & amino acid untuk 'lock moisture'.
- Kuatkan skin barrier supaya tidak mudah rosak.
- Buang segala kotoran & minyak berlebihan.
- Kulit lebih lembut lepas dicuci.
RM26 BELI DI - SHOPEE
Facerinna Low pH Cleanser
Produk ni surprisingly famous di Tiktok sebab mesra kulit sensitif.
- pH 5.5 which is perfect untuk kulit.
- Ada B5 untuk soothe your dry skin.
- Kurangkan kemerahan & ketegangan akibat dehidrasi.
- Tak rasa ketat lepas cuci muka.
Harga paling okay kat - Shopee
LA ROCHE POSAY Toleriance Caring Wash
Ya, it is on the pricey side. Tapi brand ni memang 10/10!
- Ia anti-kering, anti-ketidakselesaan.
- Ada glycerin, niacinamide & ceramide.
- Tekstur sempuran untuk kulit yang sentiasa kering & merekah.
- Tiada ada buih dan pewangi.
RM73 untuk 200ml tu dah ok. Kat Tiktok ada diskaun.
CeraVe Hydrating Cleanser
If you have dry skin, pilih range warna hijau tau.
- Melembap & bantu kembalikan hidrasi
- Ada 3 jenis ceramides untuk lock moisture.
- Pulihkan skin barrier.
- Bersihkan kotoran tanpa keringkan kulit.
- Juga sesuai untuk kulit normal & kombinasi.
RM26 - Yang I beli hari tu kat SINI
The Raw Hydrating Ceramide Cleanser
Produk skincare lokal yang semakin popular. Siap masuk Watsons!
- Formulasi yang lembut & menenangkan kulit.
- 5 jenis ceramide untuk kekalkan hidrasi.
- Squalane untuk halang kekringan.
- Kulit sensitif & ada ekzema pun boleh pakai.
- Sesuai dijadikan pencuci muka untuk ibu mengandung.
RM39 - Ramai suka cleanser ni di Tiktok.
Neutrogena Hydro Boost Water Gel Cleanser
Selain moisturizer Neutrogena, pencuci muka diorang pun power jugak.
- Kurangkan kekeringan & iritasi.
- Hyaluronic acid untuk beri kelembapan.
- Improve skin tone.
- Buih yang minima supaya tidak kering.
- Buang segala kotoran dalam pori.
RM45 - Beli SINI lagi murah dari Watsons.
Round Lab Birch Moisturizing Cleanser
- One of the famous pencuci muka untuk kulit kering yang you guys kena cuba.
- Ada mugwort untuk soothing & anti penuaan.
- Slightly mencerahkan kulit sebab ada vitamin C.
- Bersihkan liang pori & sel kulit mati.
- Yang ada kulit sensitif or ibu mengandung pun sesuai.
RM31 je di Tiktok
Baca: 7 Sunscreen Untuk Ibu Mengandung.
Hada Labo Hydrating Face Wash
Kulit kering dan normal skin sangat digalakkan pakai cleaser ni.
- Kulit bersih tanpa rasa ketat.
- Kekalkan kelembapan semula jadi.
- Nilai pH terbaik untuk kulit.
- No fragrance, alkohol, pewarna.
RM29 - CHECK HARGA LATEST SINI
Innisfree Green Tea Amino Hydrating Cleansing Foam
Di Tiktok je dan 60k botol terjual sebab memang best untuk dry skin.
- Green tean extract untuk radang & baiki kulit yang kering.
- Cukup gentle & tidak buat kulit ketat.
- Tekstur creamy, perfect for dry skin.
- Rasa fresh & lembap selepas cuci.
RM48 - Dah 42k botol terjual di Tiktok. Check SINI
COSRX Advanced Snail Mucin Gel Cleanser
Snail mucin memang dah terkenal sebagai ejen hidrasi & kuatkan skin barrier.
- Buih sikit je, cuci jauh ke dalam pori tanpa rasa ketat.
- Bersihkan sisa makeup yang tertinggal.
- Bersihkan jauh ke dalam pori.
- Sesuai untuk kulit sensitif.
RM27 - Paling murah di Shopee (Cosrx Official Store)
Tips memilih pencuci muka untuk kulit kering
Ada bahan melembap kulit.
Untuk kulit kering, pastikan ada 4 bahan pelembap (humectant), baru beli:
- Hyaluronic acid- Raja pelembap! Bantu 'lock moisture' dari hilang & buat kulit plump.
- Glycerin - Tarik kelembapan dan buat kulit lembut.
- Ceramide - Kekalkan hidrasi, baiki skin barrier, legakan iritasi & kemerahan.
- Aloe vera - Sangat popular! Tenangkan kulit kurangkan iritasi, buat kulit kekal lembut & segar.
Elak bahan mengeringkan kulit
Bahan-bahan ini bukanlah bahaya. Cuma tidak mesra kulit kering dan sesuai untuk kulit berminyak.
Contohnya:
- Alkohol
- SLS, paraben
- Pewangi
- Pencuci muka banyak buih
Bertekstur krim
Ya, tekstur pencuci muka juga memainkan peranan penting.
Tekstur krim membersih dengan lembut tanpa buang kelembapan semula jadi.
![]() |
| Elakkan buih dalam pencuci muka |
Tidak berbuih
Elak pencuci muka yang berbuih sebab buih berlebihan boleh buang kelembapan dari kulit.
Biasanya yang bertekstur cair menghasilkan banyak buih.
Bahan dalam pencuci muka yang WAJIB dielakkan
Ini adalah 'musuh' buat kulit kering. Avoid them at all cost sebab bahan ini buat muka lebih kering.
Lebih parah, kulit lebih sensitif dan tumbuh jerawat.
Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
SLS agak harsh untuk kulit kering & sensitif. Ia buang kelembapan & minyak semula jadi.
Alkohol
Ia mungkin bagus untuk kulit berminyak, but no for dry skin.
Mengeringkan, menyebabkan iritasi dan kemerahan.
Pewangi
Cari label "no fragrance" pada botol. Pewangi is not that bad.
Tapi since kulit korang kering, bahan kimia ini mungkin menyebabkan iritasi.
FAQs
Pencuci muka untuk kulit kering lelaki
Jujurnya skincare tidak mengenal jantina. Ia sesuai untuk semua mengikut jenis kulit.
Jadi kaum lelaki boleh pilih mana-mana cleanser yang kami nyatakan di atas okay?
Pencuci muka untuk kulit kering di Watsons
Niat nak beli di Watsons atau drugstore memang bagus. Produk yang dijual confirm selamat.
Kesimpulan
Mula dari langkah pertama untuk atasi masalah kulit kering korang tu. Pastikan guna pencuci muka yang hydrating dan gentle.
Selain itu, elak bahan yang boleh buat muka bertambah kering. Semoga bermanfaat!





.webp)








