12 Pencuci Muka Untuk Remaja - Bebas Jerawat & Glowy

Bila dah masuk belasan tahun, hormon mula berubah. Muka cenderung untuk tumbuh jerawat, berminyak, sensitif dan kering. Hidung pulak ada blackheads atau kawasan t-zone je yang berminyak.

Kalau dari usia 14 tahun dah ada masalah kulit, it is your sign untuk mula jaga kulit wajah.

Jadi perkara pertama untuk elak masalah kulit adalah dengan guna pencuci muka untuk remaja yang sesuai.

pencuci muka untuk remaja

JANGAN ikut trend atau tiru produk yang influncer cantik pakai. Atau nampak botol cantik, terus beli.

Akhirnya kulit jadi lebih teruk.

Guna pencuci muka yang salah buat kulit lebih sensitif, tegang, dan berminyak.

Manakala pencuci muka yang sesuai untuk kulit remaja bantu cegah masalah kulit dan jaga skin barrier.

Jadi dalam artikel ini ByUtopia akan kongsikan:

  • Kepentingan pencuci muka
  • Ketahui jenis kulit
  • Bahan apa yang perlu dielak
  • Cadangan cleanser ikut jenis kulit

 

Kalau serius nak dapatkan kulit sihat, baca artikel ini sampai habis okay?

{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}

Guys, pencuci muka bukan sekadar sabun tau, tetapi perkara asas dalan rutin skincare.

Kalau langkah pertama dah salah, maka kacau-bilaulah skin barrier korang.

Skin barrier ini adalah lapisan paling luar kulit yang bertindak sebagai perisai terhadap ancaman luar. Sumber - Kiehls

Kenapa remaja perlu pakai pencuci muka?

Jangan ingat korang muda, tak akan ada masalah kulit tau. Korang tengah mengalami perubahan hormon tu. Jaga kulit dari awal adalah langkah terbaik.

1. Perubahan hormon

Masa kecil dahulu kulit mulus dan licin je. Sekarang dah mula tumbuh jerawat, berminyak, kusam.

Itulah perubahan hormon di mana kelenjar minyak sedang aktif.

remaja dan jerawat

2. Halang pertumbuhan jerawat

This is our villain! Hormon (adrogens) meningkatkan penghasilan minyak ketika fasa akil baligh.

Ini menyebabkan bakteria dan minyak build up menjadi JERAWAT.

3. Membersihkan kotoran

Usia remaja ni memang aktif kan? Sekolah, aktiviti luar dan kuat berpeluh.

Mestilah kulit korang terdedah kepada kotoran, habuk, pengeluaran minyak berlebihan, dan sisa makeup.

Jadi kenalah cuci 2 kali sehari untuk menghalang liang pori dari tersumbat.

Kalau tak dicuci dengan betul, maka pori tersumbat dan jerawat mula muncul!

4. Kawal minyak berlebihan

Pencuci muka bantu kawal pengeluaran sebum berlebihan. 

Ketika kulit kita perlukan minyak semula jadi, minyak berlebihan ni bawa masalah tau.

Wajah akan melekit, bersinar dan nampak kusam.

Cara kenal pasti jenis kulit

How to know your skin type? Sama ada berminyak, kering, kombinasi, atau normal? 

Bila dah tahu jenis kulit, lebih senang nak beli skincare yang sesuai.

cara kenal pasti jenis kulit
Gambar: The Little Book of Skincare

Senang je, ikut 3 langkah mudah ini. 

1. Cuci muka macam biasa

Basuh muka dengan pencuci muka sedia ada, kemudian bilas.

2. Biarkan selama 2 jam

Selepas cuci biarkan muka kering. Jangan pakai apa-apa produk pada muka.

3. Periksa keadaan kulit

Selepas 2 jam, check kulit sama ada:

  • Rasa kering dan ketat - Kulit kering
  • Berminyak, melekit & shinny - Kulit berminyak
  • T-zone (dahi, hidung, dagu) berminyak tapi pipi kering - Kulit kombinasi.
  • Rasa selesa dan normal - Kulit normal (how lucky!) 

Cara pilih pencuci muka untuk remaja

Bab ni memang a bit tricky. Sebab begitu banyak label pada botol pencuci muka sampai tak tahu mana satu sesuai dengan kulit.

Meh kami bagi tips...

1. Pilih mengikut jenis kulit

Ikut langkah yang kami nyatakan di atas untuk ketahui jenis kulit. Hah, lepas tu senang sikit nak cari produk sesuai.

Jangan ikut kulit orang lain tau, pilih ikut kulit sendiri.

2. Pencuci muka dengan pH seimbang

Apa itu pH? Dalam bahasa mudah, pH adalah tahap keasidan dalam produk skincare.

Nilai pH 5-6 adalah yang terbaik. Ia tidak buat kulit rasa tegang dan kering selepas mencuci. 

Malah, ia tidak merosakkan skin barrier.

3. Mengandungi bahan melembapkan kulit

Manfaat niacinamide kepada kulit.

Ada bahan melembapkan kulit juga penting dalam memilih pencuci muka untuk remaja.

Pencuci muka dengan bahan pelembap (humectant) membersihkan kulit dengan baik tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.

Bahan pelembap yang kami maksudkan adalah:

  • Hyaluronic acid
  • Ceramide
  • Glycerin
  • Vitamin E

 

4. Elak alkohol dan pewangi

Alkohol dan pewangi bukanlah masalah besar sebab ia sering ditemui dalam produk skincare.

Tapi untuk sesetengah kulit, ia cenderung menyebabkan kekeringan dan iritasi.

Avoid them kalau korang ada masalah jerawat dan kulit kering.

5. Beli pencuci muka mengikut bajet

pencuci muka wardah
Jenama Wardah antara yang berkualiti tapi harga student.

Kami tahu sebagai remaja bajet korang amat terhad. Ya, kami juga pernah lalui fasa tersebut.

Tak perlu yang mahal untuk cuci muka. Lagipun korang cuma guna cleanser tu sekitar 30 saat je, then bilas.

Banyak je produk murah tetapi standing jenama high-end. Yang penting ia sesuai dengan kulit.

Rekomendasi pencuci muka untuk remaja (ikut jenis kulit)

Okay, sekarang korang dah tahu serba sedikit tentang kepentingan pencuci muka kan?

Now kami nak cadangkan beberapa produk sesuai mengikut jenis kulit. Senang untuk korang pilih.

Kami sertakan juga link pembelian. Yelah, beli di Shopee & Tiktok lebih murah kan? Sesuai dengan bajet remaja.

Kulit berjerawat

Jerawat adalah musuh ketat para remaja. Masuk je alam akil baligh, muka mula tumbuh jerawat.

Terus tak nampak cantik dan handsome. Pilih cleanser dengan ciri ini:

  • Low pH sekitar 4.5 - 5.5. Biasanya tertera pada botol.
  • Ada salicylic acid. Berfungsi untuk bersihkan liang pori & banteras whiteheads/blackheads.
  • Cari label niacinamide sebab bahan ini terkenal dengan kebolehan kawal minyak dan redakan iritasi.
  • Tea tree oil juga bagus untuk kurangkan bakteria aktif yang menyebabkan jerawat.

COSRX Salicylic Acid Gentle Cleanser | RM20 Beli Sini

Wardah Acnederm Salicylic Acid Foaming Cleanser | RM17 Beli Sini

Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser | RM14 Beli Sini

Kulit Berminyak

pencuci muka untuk kulit berminyak


Bagi pencuci muka untuk kulit berminyak pula, kalau salah pilih kulit makin melekit, tidak mampu hilangkan kotoran hingga tumbuh jerawat.

Pilih yang ada kandungan:

  • Pilih jenis gel-to-foam atau berbuih. Sebab buih menanggalkan minyak.
  • Look for salicylic acid or glycolic acid (AHA/BHA) untuk bersihkan minyak pori.
  • Niacinamide kandungan terbaik untuk kawal minyak & beri kelembapan.
  • Elak cleanser jenis krim sebab boleh buat muka makin berminyak.

Facerinna Salicylic Acid Gel Cleanser | RM16 Beli Sini

The Originote Low pH Cicamide Facial Cleanser | RM14 Beli Sini

Hada Labo Deep Clean & Pore Refining | RM22 Beli Sini

Kulit kering

pencuci muka untuk kulit kering

Kalau nak pencuci muka untuk kulit kering, cari yang lembut, beri hidrasi, dan bebas alkohol.

  • Cari pencuci muka yang ada kandungan ceramide, hyaluronic acid, glycerin, &aloe vera.
  • Bertekstur krim kerana ia lebih lembut tanpa buang kelembapan semula jadi.
  • Elak ada alkohol & paraben sebab buat muka bertambah kering.

Skintific 5X Ceramide Low pH Cleanser | RM26 Beli Sini

Facerinna Low pH Cleansr | RM13 Beli Sini

COSRX Advance Snail Mucin Gel Cleanser | RM27 Beli Sini

Kulit kombinasi

pencuci muka untuk kulit kombinasi

A bit tricky untuk cari pencuci muka untuk remaja kulit kombinasi. Sebab ada kawasan kering berminyak at the same time.

  • Paling selamat pilih cleanser yang ada label "normal to oily/dry"
  • Ada niacinamide & glycerin untuk hidrasi.
  • Pilih yang ada label "oil control" sebab kawasan ini sangat crucial.
  • Fokus t-zone sebab kawasan ini cenderung untuk tumbuh jerawat.

Cetaphil Gentle Cleanser | RM23 Beli Sini 

Skintific 5X Ceramide Low pH Cleanser | RM26 Beli Sini

COSRX Low pH Good Morning Cleanser | RM26 Beli Sini

Bahan dalam pencuci muka yang remaja perlu elak

Teens, korang terlalu muda dan kulit wajah masih segar. Jadi bukan semua kandungan dalam pencuci muka sesuai dengan kulit korang.

Benda ni penting untuk korang tahu supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan trend, tiru kawan, atau terpengaruh dengan produk yang dicadangkan oleh influencers.

Elak pencuci muka yang ada kandungan ini:

Pewangi berlebihan

Bestkan kalau skincare wangi? Saya faham, saya pun suka. Tapi pewangi mungkin menyebabkan iritasi terutama kalau kulit korang sensitif.

Alkohol dan SLS

Tak semua kulit boleh tolarete dengan alkohol dan SLS (berbuih).

Tapi kalau kulit korang berjerawat dan sensitif, elak dua bahan ni sebab ia boleh mengakibatkan iritasi dan kering.

Retinol

Retinol memang popular untuk anti-aging, tetapi tidak untuk remaja. Completely unnecessary sebab kulit korang masih muda.

Kulit remaja masih segar dan tengah hasilkan banyak collagen semula jadi.

Tunggu dulu ya? Risau takut Wajah jadi kering dan pedih. Tunggu usia 20-an, baru pakai okay?

Rutin penjagaan kulit remaja (3 steps sahaja)

Bagi yang fikir skincare routine ni susah, korang silap! Basically korang perlu buat 3 steps setiap hari je.

Buat 3 steps ni setiap hari secara konsisten, saya berani jamin kulit korang confirm glowy!

Sampai kawan-kawan pun jealous!

Cuci muka → Moisturizer → Sunscreen 

Cuci muka 2 kali sehari

Perkara asas dalam segalanya. Cuci muka 2 KALI SEHARI iaitu pagi dan malam. 

Guna pencuci muka untuk remaja seperti yang kita bincangkan tadi.

Kotoran, habuk, dan makeup banyak terkumpul pada kulit dan liang pori.

Pakai moisturizer

Ramai yang terlepas pandang soal moisturizer (pelembap). Ia kunci kepada keseimbangan 

Moisturizer berfungsi untuk kembalikan semula hidrasi dan beri vitamin yang diperlukan mengikut jenis kulit. 

Pakai sunscreen di siang hari

 

FYI, sunscreen adalah rutin yang paling penting. Tak pakai sunscreen, maka sia-sia je skincare lain yang korang pakai tu.

Sebab korang tak halang punca utama masalah kulit iaitu - SINAR UV!

Wajib pakai sunscreen pada siang hari walaupun korang tak keluar rumah. 

Banyak sunscreen untuk remaja di pasaran, korang boleh semak label yang seseuai dengan jenis kulit. 

FAQs

Pencuci muka untuk remaja lelaki 10 tahun?

Skincare tidak mengenal jantina. Tiada istilah cleanser, moisturizer atau sunscreen untuk lelaki.

Korang bebas pakai apa sahaja produk yang sesuai dengan dengan jenis kulit.


Kesimpulan

Memilih pencuci muka untuk remaja yang betul adalah titik permulaan untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat.

Amalkan mencuci wajah setiap hari, konsisten, saya yakin korang akan dapan kulit yang sihat. Semoga bermanfaat!

Terbaru Lebih lama